Aktivis Alam Sekitar Kampus (CARE)
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Aktivis Alam Sekitar Kampus (CARE)

Laman forum bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan alam sekitar dikelolakan oleh Aktivis Alam Sekitar Kampus, Penang(CARE)
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 kesan gegaran

Go down 
AuthorMessage
mumtahanah
New User
New User



Posts : 16
Join date : 2008-05-07
Age : 38

kesan gegaran Empty
PostSubject: kesan gegaran   kesan gegaran Icon_minitimeMon May 12, 2008 8:23 pm

4 negara rasai gegaran- berita harian 13 mei 2008


TAIPEI: Gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter yang melanda barat daya China semalam turut dirasakan di Taiwan, Thailand dan Vietnam, tetapi tiada kerosakan atau kecederaan dilaporkan.

Gegaran mengambil masa kira-kira lapan minit untuk sampai ke Taiwan, kepulauan dengan 23 juta penduduk yang terletak kira-kira 1,900 kilometer dari pusat gegaran di wilayah Sichuan, China, kata Biro Cuaca Pusat Taiwan.

Gempa bumi kerap menggegarkan Taiwan, yang terletak antara lapisan Eurasia dan Filipina tetapi kebanyakannya kecil dan menyebabkan sedikit atau tiada kerosakan langsung.

Bagaimanapun, Sichuan tidak terletak di sepanjang lapisan berkenaan dan mengambil masa 100 tahun atau lebih untuk mengumpulkan kuasa mencukupi untuk mencetuskan gegaran sekuat itu, kata pakar kaji cuaca Taiwan, Hsiao Nei-chi.

"Gempa bumi berukuran 7.3 pada skala Richter yang melanda bahagian tengah Taiwan pada September 1990 membunuh lebih 2,300 orang," kata Hsiao.

Gegaran berukuran 7.8 pada skala Richter dianggap kejadian geologi besar yang mampu menyebabkan kerosakan besar dan kecederaan di kawasan padat.


Selain Thailand, gegaran juga dirasakan di Vietnam, yang menyebabkan pejabat di bangunan pencakar langit bergoyang.

"Kami mendapat beberapa laporan bangunan tinggi di sepanjang jalan Sukhumvit dan Sathorn di Bangkok berasa gegaran, tetapi tiada laporan kerosakan," kata pakar geologi di Jabatan Kaji Cuaca Thailand.

Pekerja sebuah bangunan di Bangkok turut dipindahkan selepas gegaran dirasakan di situ.

Sementara itu, bangunan tinggi kediaman dan pejabat di pinggir bandar di barat ibu negara Vietnam, Hanoi, juga bergoyang beberapa saat, kata saksi, tetapi tiada kerosakan dapat dilihat.

Gegaran menyebabkan orang ramai bertempiaran keluar dari bangunan dan membanjiri jalan raya.

Seorang blogger, Mark Tran, dipetik sebagai menyifatkan gempa bumi di Sichuan sebagai menambah kebimbangan pihak berkuasa Beijing, tiga bulan sebelum sukan Olimpik bermula.

Lebih-lebih lagi, Presiden Hu Jintao dan Perdana Menteri, Wen Jiabao pada Januari lalu menggesa pegawainya memperbaiki usaha menangani kes kecemasan gempa bumi supaya sukan Olimpik berjalan lancar.

Katanya, gempa itu adalah bencana alam kedua melanda Asia dalam tempoh beberapa minggu selepas taufan Nargis mencetuskan masalah kemanusiaan di Myanmar.

"China menghadapi tekanan kuat negara Barat supaya memujuk Myanmar membenarkan agensi bantuan luar menghantar bekalan kepada penduduk di kawasan paling teruk. Bagaimanapun, berikutan gempa itu, China tentu memberi lebih banyak perhatian kepada wilayah terbabit, suatu berita tidak baik bagi Myanmar," kata blogger itu.
Back to top Go down
 
kesan gegaran
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Aktivis Alam Sekitar Kampus (CARE) :: Kedai Kopi Pak Cha :: News Update-
Jump to: