Aktivis Alam Sekitar Kampus (CARE)
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Aktivis Alam Sekitar Kampus (CARE)

Laman forum bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan alam sekitar dikelolakan oleh Aktivis Alam Sekitar Kampus, Penang(CARE)
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 ingat bencana alam

Go down 
AuthorMessage
mumtahanah
New User
New User



Posts : 16
Join date : 2008-05-07
Age : 38

ingat bencana alam Empty
PostSubject: ingat bencana alam   ingat bencana alam Icon_minitimeMon May 12, 2008 8:11 pm

Angka kematian gempa di China mencecah 10,000 - berita harian 13 mei 2008



CHENGDU (China): Mangsa yang terbunuh akibat gempa bumi kuat yang menyaksikan bangunan, sekolah dan kilang kimia ranap di Wilayah Sichuan, semalam kini mencecah 10,000 dengan ramai lagi mangsa terperangkap di bawah runtuhan.

Gempa bumi paling buruk sejak tiga dekad berukuran 7.9 skala Richter itu hampir menyaksikan wilayah kecil pergunungan itu menjadi 'padang jarak padang terkukur'.

Kejadian sebelah petang itu menyebabkan gegarannya turut dirasai penghuni bangunan tinggi di Beijing dan sehingga ke Vietnam.

Di ibu negeri Sichuan, rangkaian telefon turut terputus dan lebih 10 juta penduduk di bandar itu bergelap sejam selepas kejadian.

Agensi berita Xinhua melaporkan, lebih 10,000 penduduk mati di tengah Sichuan dan 216 yang lain membabitkan penduduk di tiga wilayah berjiran termasuk di Bandaraya Chongqing.

Kawasan paling teruk dilanda kesan gempa ialah Wenchuan yang terletak 100 kilometer di barat daya Chengdu.

Tanah runtuh menghalang jalan raya menyebabkan kerajaan mengerahkan pasukan tentera memasuki kawasan kejadian dengan berjalan kaki,'

Hujan lebat selepas gempa menyebabkan pasukan tentera tidak dapat menggunakan helikopter bagi mempercepatkan kerja menyelamat mangsa.

Pihak berkuasa negara itu merayu supaya bantuan seperti khemah, makanan dan ubat-ubatan dihantar segera ke tempat kejadian.

Setiausaha Parti Komunis, Wang Bin dipetik sebagai berkata: "Kami juga memerlukan pekerja perubatan untuk menyelamatkan mangsa yang cedera di sana."

Gambar yang disiarkan media dan Internet menunjukkan kemusnahan gempa dalam skala amat besar.

Bandar Juyuan town, di selatan pusat gempa bangunan sekolah tiga tingkat menyembah bumi dengan lebih 900 pelajar terperangkap dan 60 disahkan mati. - AP
Back to top Go down
 
ingat bencana alam
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Aktivis Alam Sekitar Kampus (CARE) :: Kedai Kopi Pak Cha :: News Update-
Jump to: