Aktivis Alam Sekitar Kampus (CARE)

Laman forum bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan alam sekitar dikelolakan oleh Aktivis Alam Sekitar Kampus, Penang(CARE)
 
HomePortalGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 Masalah hutan bakau....

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Mahfuzah
New User
New User


Posts : 2
Join date : 2008-05-11
Age : 29
Location : Alorstar Kedah

PostSubject: Masalah hutan bakau....   Sun May 18, 2008 12:24 pm

Hutan bakau tidak tahan dengan gangguan yang tinggi dan amat sensitif terhadap penukaran tanah, penebangan hutan, penebusgunaan tanah dan pencemaran.

Banyak kawasan bakau ditebang dan memberi laluan kepada kegiatan :
* akuakultur
* ternakan ikan dalam sangkar
* kolam ternakan udang dan ikan air masin
* Zon perindustrian yang berdekatan dengan pelabuhan
* Pembinaan kawasan pangkalan nelayan
* Pelabuhan dan tapak gudang kontena-kontena
* Perbandaran dan perkampungan nelayan pinggir pantai.
* Tempat pembuangan bahan oleh kapal dagangan dan bot nelayan samada pepejal mahupun cecair.
Ekosistem yang mudah terjejas ini perlu dipelihara sebagai simpanan alam semula jadi atau taman alam. Banyak usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan kesedaran awam dan menanamkan rasa tanggungjawab dalam diri kita untuk memulihara warisan bakau semula jadi yang menyimpan sebahagian daripada flora dan fauna dunia yang semakin terancam.

Pelbagai keadaan yang tidak menyenangkan wujud sekitar hutan bakau. Namun begitu ia juga merupakan ekosistem tanah bencah yang paling produktif. Tahap kemasinan yang tinggi, kandungan oksigen yang rendah di dalam air dan tanah, keadaan tanah yang tidak stabil dan tidak berupaya menyokong pokok-pokok besar adalah antara beberapa aspek persekitaran ini.

Walau bagaimanapun, tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang mendiami kawasan bakau telah menyesuaikan diri dengan persekitaran sebegini dengan membentuk beberapa ciri penyesuaian yang istimewa.

Tumbuh-tumbuhan bakau mengatasi kandungan oksigen yang rendah dengan akar udara khas yang dikenali sebagai ‘pneumatofor’ iaitu akar yang tumbuh secara menegak daripada permukaan tanah untuk mendapatkan oksigen.

Kawasan bakau mempunyai tanah lembut yang seakan-akan tanah liat dan tumbuh-tumbuhan bakau dapat tumbuh dengan tegap dengan menggunakan akar banir dan akar sokong.

Tanah yang berkelodak dan perubahan pasang surut (air pasang surut) tidak sesuai bagi perkembangan anak pokok bakau. Untuk mengatasi masalah ini, tumbuh-tumbuhan bakau mempunyai kaedah percambahan biji benih yang unik yang dikenali sebagai ‘vivipariti’.Tumbuh-tumbuhan vivi parus mempunyai biji benih yang boleh membesar dan mengeluarkan akar dan pucuk muda semasa ia masih lagi berada bersama pokok induk. Anak benih ini kemudiannya akan jatuh daripada induknya dan tertanam di dalam tanah. Ia akan terus membesar atau kekal normal sehingga dihanyutkan oleh arus ke tempat yang lebih sesuai untuk membesar.
Back to top Go down
View user profile
 
Masalah hutan bakau....
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Aktivis Alam Sekitar Kampus (CARE) :: Kedai Kopi Pak Cha :: University Corner-
Jump to: