Aktivis Alam Sekitar Kampus (CARE)

Laman forum bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan alam sekitar dikelolakan oleh Aktivis Alam Sekitar Kampus, Penang(CARE)
 
HomePortalGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in
Share | 
 

 hutan paya laut

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
mumtahanah
New User
New User


Posts: 16
Join date: 2008-05-08
Age: 28

PostSubject: hutan paya laut   Tue May 13, 2008 3:28 am

Hutan paya bakau atau dengan lebih tepat lagi hutan paya laut. Istilah yang digunakan ini selalunya merujuk kepada dua jenis spesis pokok yang mendominasi ekosistem ini iaitu Bakau Minyak(Rhizophora apiculata) dan Bakau Kurap(Rhizophora mucronata).
Hutan paya laut mewakili pertengahan fasa antara darat dan persekitaran akuatik. Dalam persekitaran yang unik ini, ia boleh mengalami keadaan basah dan kering beberapa kali sehari bergantung kepada pasang dan surut air. Apabila berada dalam keadaan basah, campuran air ini akan menjadi campuran air masin dari laut dan air tawar dari sungai.
Khazanah hutan semulajadi hutan paya laut merupakan ekosistem paling produktif dan unik kerana ia berkebolehan untuk membesar dan beradaptasi di bawah kondisi kemasinan yang tinggi. Ia melibatkan keadaan anaerobik (tiada oksigen) dan juga persekitaran yang berasid.
Penzonan paya bakau
Spesies bakau mempunyai adaptasi yang berbeza dalam persekitaran gradien dari darat ke laut. Penzonan lebih jelas di kawasan cerun di mana terdapat perubahan yang drastik pada kondisi fizikal seperti jumlah keamatan cahaya, jenis tanah, saliniti, pH dan kekerapan ditenggelami air. Penzonan juga dipengaruhi dengan keupayaan untuk bertindak pada naungan, corak taburan bijih benih. Terdapat tiga zon iaitu :
Zon Perintis (Avicennia dan Sonneratia)
Cth: Api-api Putih, Perepat dan Berembang
Zon Kedua (Rhizophora)
Cth: Bakau Minyak, Bakau Kurap
Zon Ketiga (Brugiera)
Cth: Lenggadai, Tumu Merah
Back to top Go down
View user profile
 

hutan paya laut

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

 Similar topics

-
» [ASA] Forest Scorpions' Caresheet

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Aktivis Alam Sekitar Kampus (CARE) :: Mari Kenal Pokok :: Pokok Hutan-