Aktivis Alam Sekitar Kampus (CARE)
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Aktivis Alam Sekitar Kampus (CARE)

Laman forum bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan alam sekitar dikelolakan oleh Aktivis Alam Sekitar Kampus, Penang(CARE)
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 akhlak

Go down 
AuthorMessage
mumtahanah
New User
New User



Posts : 16
Join date : 2008-05-07
Age : 38

akhlak Empty
PostSubject: akhlak   akhlak Icon_minitimeMon May 12, 2008 9:21 pm

Contohi akhlak Nabi
Oleh Idris Musa
idris@hmetro.com.my


UMAT Islam boleh menjadi umat gemilang jika agama Islam yang menjadi cara hidup tersemat di setiap individu sebagaimana terpancar budi pekerti mulia pada diri Nabi Muhammad s.a.w.

Pendakwah, Mohd Ridhuan Tee Abdullah, berkata umat Islam perlu mengamalkan ajaran agama secara total malah menzahirkannya dalam kehidupan termasuk keperibadian.


“Jika tengok pada zaman nabi, Islam gemilang kerana akhlak pada nabi.

“Orang ramai tertarik dengan Islam disebabkan akhlak mulia yang ditunjukkan baginda walaupun ketika itu Islam masih belum sempurna,” katanya pada forum Maulidur Rasul di Dewan Serbaguna Kuarters Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Majlis itu dianjurkan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) dan Persatuan Penduduk Kuarters MBPJ.

Turut hadir, Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohamad Roslan Sakiman; Ahli Majlis Perkim Kebangsaan, Datuk Mustapha Ma dan Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Kuarters MBPJ, Mohd Nizam Azizi.

Sebelum itu, hadirin mengikuti bacaan Yasin dan tahlil sebelum Isyak, disusuli perarakan Maulidur Rasul oleh kanak-kanak dan remaja, persembahan nasyid daripada kumpulan Rabbani dan cabutan bertuah.

Beliau berkata, apabila seseorang menerima Islam sebagai cara hidup, tanggungjawab mereka mempamerkan keelokannya supaya wujud perbezaan di antara orang Islam dan bukan Islam.

“Jadi masuk Islam buat apa, orang bukan Islam masuk Islam dan berkhatan buat apa. Dengan sebab itu apabila kita mengambil Islam sebagai cara hidup, kita mesti menjadi baik.

“Tetapi hari ini kenapa orang Islam tidak menjadi baik? Mengapa program di masjid banyak, maksiat banyak juga?” katanya

Menurutnya, kebanyakan mesej dakwah sampai hanya kepada mereka yang sudah baik manakala golongan sasaran tidak kesampaian.

“Ini bukan maksud hendak campur benda baik dengan benda buruk, tetapi kita tidak ada pilihan dan jika tidak, susah untuk menyampaikan mesej kepada golongan seperti Mat Rempit dan golongan yang kosong jiwa. Kita perlu pergi ke tempat mereka,” katanya.

Seorang lagi panel forum itu, Zulkarnain Hamzah dari Zulha Entertainment, berkata pengutusan rasul memberikan manfaat yang besar kepada manusia, sebaliknya dengan ketiadaan rasul menyebabkan manusia tiada pedoman.

“Dulu Melaka terkenal dengan Hindu tetapi kerana rasul dan Islam, Islam sampai ke Melaka sehingga ramai menjadi orang Islam,” katanya.
Back to top Go down
 
akhlak
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Aktivis Alam Sekitar Kampus (CARE) :: Kedai Kopi Pak Cha :: Islamik Corner-
Jump to: