Aktivis Alam Sekitar Kampus (CARE)

Laman forum bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan alam sekitar dikelolakan oleh Aktivis Alam Sekitar Kampus, Penang(CARE)
 
HomePortalGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in
Share | 
 

 Bunga tahi ayam - Lantana camara

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
epalhijau[angah]admin
Admin
Admin


Posts: 61
Join date: 2008-05-06
Age: 24
Location: MetropuJitra

PostSubject: Bunga tahi ayam - Lantana camara   Mon May 12, 2008 4:52 pm

Ciri-ciri tumbuhan

Ia merupakan tumbuhan renek yang berasal dari kawasan tropika di Amerika. Batangnya yang bulat, berduri halus dan mencapai ketinggian 0.5-1.2 meter. Daunnya seakan-akan bujur, kasar, mempunyai bau yang kuat apabila dikoyakkan daunnya, ukuran panjang mencapai 2-7 cm dengan sisinya yang tidak rata. Bunganya pula berkelompok, kecil dan berbagai warna- merah jambu ,kuning terang akan bertukar warna menjadi merah atau oren. Buahnya mempunyai diameter 4 cm dan berbentuk biji-biji kecil seperti berri serta warnanya daripada hijau kepada ungu/biru gelap. Biasanya ia terdapat di tepi-tepi jalan dan kawasan yang terbiar.

Tanda-tanda keracunan

Pokok bunga tahi ayam ini tidak semua bahagian beracun. Bahan toksiknya terdiri daripada asid triterpin lantadene A dan lantadene B. Lantadene B kurang beracun berbanding lantadene A. Bahagian yang beracun ialah pada daun dan buahnya (berri) yang tidak matang.

Kanak-kanak gemar mengambil dan memakan buahnya yang hijau dan ini boleh menyebabkan berlakunya kesakitan dan kematian selepas beberapa minggu. Ini boleh dilihat melalui kesan terhadap haiwan iaitu kesan beracun ini ditunjukkan dalam beberapa hari setelah memakan buahnya dan diikuti kematian selepas beberapa minggu. Selain itu, apabila haiwan memakan daunnya pula dapat mengakibatkan keracunan berlaku.

Tanda-tanda yang dapat dilihat pada manusia ialah muntah-muntah, cirit-birit, pening kepala, lemah badan, muka menjadi pucat, tidak cergas, kerosakan hati, pernafasan perlahan, pupil terbuka luas dan kematian. Manakala bagi haiwan pula hilang selera makan, mengalami penyakit kuning dan berlaku penyahidratan.
Back to top Go down
View user profile http://pokokepal.wordpress.com
 

Bunga tahi ayam - Lantana camara

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Aktivis Alam Sekitar Kampus (CARE) ::  :: -