Aktivis Alam Sekitar Kampus (CARE)

Laman forum bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan alam sekitar dikelolakan oleh Aktivis Alam Sekitar Kampus, Penang(CARE)
 
HomePortalGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 Blimbin Buloh

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
epalhijau[angah]admin
Admin
Admin


Posts : 61
Join date : 2008-05-06
Age : 26
Location : MetropuJitra

PostSubject: Blimbin Buloh   Mon May 12, 2008 10:51 am

Tidak lama dulu ketika berkesempatan mengunjungi sebuah kampung di Hulu Langat, Selangor saya agak terperanjat. BOleh dikatakan setiap penduduk di kampung itu lebih selesa menggunakan tumbuhan herba.
Dalam merawat apa juga penyakit, mereka lebih selesa menggunakan tumbuhan herba kecuali kalau penyakit itu benar-benat memerlukan perubatan moden.

Perubatan alternatif digunakan kerana jarak perjalanan dari kampung itu dengan pekan yang terdekat adalah jauh dan untuk kesana ia memerlukan belanja yang tinggi.

Di kampung itu, tumbuhan herba digunakan dengan pelbagai cara.

Ada yang dibuat jus, dicampurkan dalam masakan tertentu ataupun dijadikan sebagai ulam sayuran.
Aantaranya ialah belimbing buluh. Buahnya seperti buah mengkudu, tetapi warnanya lebih kepada hijau muda dan saiznya agak kecil.
Ketua Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr.Mohd Said Saad memperkenalkan tanaman herba tesebut.

Beliau menjelaskan, pokok belimbing buluh adalah jenis pokok yang dijadikan pilihan sebagai tanaman dihalaman rumah.

Pokok ini senang membesar dan agak rendang. Ia sesuai sebgai pokok teduhan dihalaman rumah.

“Berdasarkan pengakuan pengamal perubatan tradisional, mereka menyatakan pokok ini sesuai untuk darah tinggi dan merawat demam panas,” katanya.
Ubat untuk darah tinggi diperolehi daripada buah tumbuhan yang dalam bahasa saintifiknya dipanggil Averrhoa bilimbii ini.

“Caranya ialah ambil beberapa buah belimbing buluh yang segar dan kemudianya dikisar buah tersebut sehingga lumat.

Tapiskan untuk dapatkan airnya. Campukan sedikit bahan perasa kerana rasanya agak pahit. Minumlah pada waktu pagi ataupun petang,” kata Dr. Mohd Said.

Bagi merawat demam panas pula, ambil beberapa helai daunnya yang segar.
Ramas dedaun itu dengan sedikait air sehingga agak lumat dan dan letakkannya diatas sehelai kain.

Demahkannya diatas kepala. Lakukan sehingga rasa panas berkurangan.
Back to top Go down
View user profile http://pokokepal.wordpress.com
 
Blimbin Buloh
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Aktivis Alam Sekitar Kampus (CARE) :: Mari Kenal Pokok :: Pokok Buah-Buahan-
Jump to: