Aktivis Alam Sekitar Kampus (CARE)
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Aktivis Alam Sekitar Kampus (CARE)

Laman forum bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan alam sekitar dikelolakan oleh Aktivis Alam Sekitar Kampus, Penang(CARE)
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 Khasiat bunga, daun dan akar pokok cempaka

Go down 
AuthorMessage
epalhijau[angah]admin
Admin
Admin
epalhijau[angah]admin


Posts : 61
Join date : 2008-05-06
Age : 33
Location : MetropuJitra

Khasiat bunga, daun dan akar pokok cempaka Empty
PostSubject: Khasiat bunga, daun dan akar pokok cempaka   Khasiat bunga, daun dan akar pokok cempaka Icon_minitimeMon May 12, 2008 10:55 am

Bunga cempaka sememangnya cantik. Kecantikan tersebut tidak hanya pada bunganya tetapi juga tertumpu kepada namanya sendiri. >Dengan kecantikan tersebut tidk hairanlah ia mampu menarik perhatian sebahagian besar daripada kita untuk dijadikan hiasan atau pohon teduhan dihalaman rumah.

Bahkan ia juga menarik perhatian masyarakat kita menjadikannya sebagai nama panggilan dan juga menggunakannya sebagai kata-kata dalam rangkap pantun, syair, sajak atau gurindam.

Tetapi dalam kecantikan tersebut, bunga cempaka ternyata turut mempunyai keistimewaan sebagai perubatan herba.

Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Strategik, Alam Sekitar dan Sumber Semula Jadi MARDI, Serdang, Dr. Ahmad Zamzam Mohamed, ia mempunyai keistimewaan dari sudut penjagaan kesihatan diri.

“Tidak kiralah sama ada bunga cempaka kuning (Michelia champaca) atau putih (Michelia alba) kedua-duanya mempunyai khasiat pada kesihatan diri,” katanya.
Beliau yang ditemui di pejabatnya baru-baru ini menyatakan bahawa bagi bunga cempaka kuning, khasiatnya adalah sesuai untuk wanita selepas bersalin, kencing tidak lawas dan demam selsema.

“Untuk cxempaka putih pula, pokok ini berguna untuk merawat pitam, bisul dan bronchitis atau radang tengkok,” tambahnya.

kesusuaian ini adalah berdasarkan rujukan pihak MARDI pada buku-buku dan pengakuan pengamal perubatan tradisional tempatan.

Menurut Dr.Zamzam, kegunaan dan penyediaan bagi pokok cempaka kuning untuk wanita selepas bersalin adalah dengan cara mengambil beberapa helai daunnya dan bersihkannya terlebih dahulu.

Kemudian rebuslah sehingga mendidih dan setelah airnya suam kuku barulah diminum.

Bagi kencing tidak lawas beliau menambah ambil beberapa kuntum bunganya dan bersihkan terlebih dahulu. Selepas itu rebus sehingga mendidih dan kemudian tunggulah sehingga suam untuk diminum.
Untuk demam selsema, ambil akarnya dititik atau pech-pechkannya. Kemudian direbus sehingga mendidih dan tunggulah ia suam dulu barulah diminum perlahan-lahan.

“Bagi pokok cempaka putih,” kata Dr.Zamzam, “ia biasanya digunakan untuk merawat pitam, iaitu dengan cara mengambil bberapa kuntum bunga untuk direbus”.

Untuk merawat bronchitis sama juga caranya dalam merawat pitam. Cunma ia ditambah dengan madu sebelum diminum.
Jelasnya lagi, “untuk penyakit bisul pula, cara menggunakannya adalah mudah dengan mengambil beberapa helai daunnya yang segar dan ditumbuk sehingga lumat. Setelah itu tepekkan ia ditempat yang kena bisul tadi,” katanya.
Back to top Go down
http://pokokepal.wordpress.com
 
Khasiat bunga, daun dan akar pokok cempaka
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Pokok Ketum
» Berkaitan Pokok Ara
» Pokok Jagus yg baek
» Bunga Raya
» Bunga Cina - Gardenia jasminoides

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Aktivis Alam Sekitar Kampus (CARE) :: Mari Kenal Pokok :: Kegunaan Pokok-
Jump to: